Hidup untuk masa hadapan

Aku seringkali melihat ke belakang dan berharap kalaulah aku buat satu keputusan yang berbeza pasti hidup aku pun berbeza. Tapi aku lupa bahawa setiap manusia sudah punya takdir masing-masing. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersirat dan tersurat dan rahsia itu hanyalah

kepunyaan Allah.

Jadi sekarang aku berazam untuk hidup demi hari ini dan masa hadapan. Berusaha dan berusaha.

Advertisements

Cinta ku milik ratuku

Mataku  melingas mencari kelibat seseorang yang sangat kukenali. Aku melangkah laju khuatir kiranya tidak ketemu dengan wanita itu. Pandanganku tertancap pada sesusuk tubuh yang melangkah perlahan seolah hilang arah.

“Mazit” gadis itu menoleh tatkala namanya dipanggil.

“Azran…” terlihat bibir mungil itu menyebut namaku perlahan dan dengan wajah serba salah Mazita apabila melihat aku menghampirinya. Perutnya yang memboyot diusap perlahan dan wajahnya yang menyeringai kepenatan ku pandang dengan belas dan rasa tidak percaya. Ah! rindunya aku pada teman baikku ini. Tapi kasihan pula melihat dia berdiri begini.

“Jom minum dekat cafe sana. Aku tengok kau macam tak larat je ni” pelawaku sambil mengambil beg plastik yang dipegang gadis itu.

Aku melangkah beriringan dengan Mazita atau nama penuhnya Mazita Illyani binti Mazlan ke Cafe Senyum.  Sesekali mataku menjelajah wajah manis tanpa sebarang solekan, walaupun sedikit pucat tapi masih cantik.